yg sudi bersama cm....

Isnin, Mei 12

shopping di bukit tinggi sumatera september 2013

Antara agenda yang menarik di bukit tinggi ialah shopping..kain..kain sulaman tebuk begitu indah dimata  sementelah saya seorang guru tentu kain baju kurung memang menarik minat saya kerana kerap dipakai untuk keluar bekerja  di bukit tinggi saya banyak beli kain sulam..harga sekitar rm70-150 yg jadi pilihan saya ..ada juga yg boleh cecah ratusan ringgit..bergantung pada bajet anda..pada peringkat awal supir banyak bawa kami ke kedai2..atau butik ..merungut jugak kami tapi supir kata kualiti dan design dibutik berlainan dari yg ada di pasar..mulanya kurang percaya..rupanya dipasar yang berdekatan dgn jam gadang tu .kami tak jumpa dah design yg ada seperti di toko2 dan butik2 supir bawa...
N
Kain kain telekung yang cantik dan begitu halus sulamannya..
saya kira lebih cantik dari yang ada di bandung...di bukit tinggi ini memang pusat sulaman untuk pasaran seluruh indonesia...harganya saya kira berpatutan tapi tidaklah tetlalu murah ..mungkin sesuai dengan kualitinya .tapi jgn risau tidaklah terlalu mahal dan anda pasti puas hati dgn kualiti yang diberi...

Saya sangat suka dengan design kain ini...tapi kononya nak cari yang murah di pasar
Sampai sudah dicari dipasar design dan kualiti kain yang saya pegang tu saya tak jumpa..terkilan rasa..nak diulang ke kedai yang sama dah tak berkesempatan..nasihat saya kalau dah suka beli ajer..nanti cari dah takde dah
Mulanya kami dibawa ke kedai kedai yang ditentuksn oleh supir..hati berkata2 mungkin tempat2 ni harganya agak mahal berbanding di pasar..tapi bila dibawa pulang kualiti di butik2 dan di toko yang dibawa olejh dupir adalah lebih baik..dan corak yang ada dibutik tiada di pasar ..design dibutik lebih eksklusif. .gambar cikgu zurin menayang jubah hijau yang menarik
Melayan sulaman tebuk yg cantik di toko hajjah rosma
Banyak sulaman kebaya pendek yang cantik disini..ada juga tempat untuk pelatih2 dalam bidang jahitan dan sulaman belajar disini
Saya habiskan semua duit yang saya bawa..dari jadi jutawan masa datang..sampai ke airport duit hanya tinggal wang rincihan( wang shiling) nasihat saya kalau rasa nk shopping bawak lah wang yang mencukupi....kain2 sangat cantik di bukit tinggi..tapi pada kaum lelaki mungkin mereka bosan menunggu cik puan2 ni bershopping. ..tak banyak benda menarik untuk kaum lelaki di sini..mungkin mereka sesuai jadi bank untuk para isteri..hihihihi..bukit tinggi mmg best untuk shopping sebab bila bulan desember saya ke medan indonesia saya tak jumpa dah apa yg ada di bukit tinggi..meh layan gambar...



Sabtu, April 19

Bercuti di Bukit Tinggi dan Padang Sumatera Indonesi


Gambar kami tengah makan nasi Padang di Bukit Tinggi menjadi gambar utama tajuk kali ini....Aduh lama dah tak update blog..walaupun ada beberapa lg nota kembara yang masih belum sempat dikongsi..nota kembara ke bukit tinggi dan padang Indonesia. Peercutian di medan ,brastagi dan pulau samosir dan yang terbaru percutian di gunung bromo dan kota surabaya..masa dan kesibukan menghadkan aktiviti cm di blog..ok hari ni cm nk mengimbau kembara cm di Bukit Tinggi dan Padang Sumatera pada 13 September hingga 16 September 2013 yang lalu bersama kawan2 satu sekolah bawah anjuran Kelab Guru..kos pun agak murah dengan hanya berharga rm1000..ok lah kan..semua diuruskan hanya perlu bawa duit shopping..jom lah layan gambar..bukit tinggi ni cantik viewnya..dan seronok bershopping kain2 sulam yg superb dan gojes ..saya bershopping sakan disini dan amat berpuas hati dengan kualiti kain sulam di bukit tinggi ..berbanding dengan di Bandung saya rasa sulaman disini lebih cantik dan halus..nanti kita cerita tentang shopping kain yer hari ni kita layan view
keindahan kawasan desa dan sawah padi umpama lukisan
Tasik Melinjau.. kalau tak silap lah dah lupa..viewnya bagai kita berada di atas awan Subhanallahh cantiknya..walaupun perjalanan lengkang bengkok tapi hasilnya Allahuakhbar cantiknya..tak hairan Pak Hamka mampu jadi orang yang kreatif dan puitis kerana tanah kelahirannya sgt indah..ralit menyaksikan keindahan ciptaan Allah
 Istana Pagar Ruyong yang tersergam indah menjadi kebanggan masyarakat Minang disini..yg kebanyakkanya memang orang Minang
Anak2 saya berpeluang bergaya dengan persalinan ala pengantin minangkabau yang boleh disewa dengan harga yang murah di Istana Pagar Ruyong

Ahad, Februari 9

Makanan halal di Ho Chih Minh

Makanan halal di HCM dikatakan agak mahal harganya mungkin kerana tidak banyak restoran yang menye diakan makanan halal disana.Syukur dikawasan hotel tempat kami menginap memang ada beberapa restoran halal seperti Kg Melayu Cafe yang dimiliki oleh rakyat Malaysia,kedai makan hajjah basiroh,restoran nabil dan beberapa restoran lain.ada juga saya terjumpa wanita islam keturunan pathani menjual kuih yg sedap dan penjual kopi vietnam halal yg juga sangat sedap dan kaw..tapi yang paling saya suka ialah mee sup daging dihcm..wiw sangat sedap...
Penjaja kopi halal vietnam..jangan lupa menikmati nya kalau kesana kalau tak silap rm 3.50 



Mee sup daging di vietnam sangatttlahh sedappp...saya sgt suka...
Hidangan makan malam kami yang ditaja oleh seorang teman yang baik hati..tq azie..may Allah bless you...kami makan hidangan lazat ini di restoran nabil..kedai tu sebenarnya menyediakan nasi beriani..restoran yang cantik dan kemasan warna putih dan pink

                                                          Buah-buahan segar  yang manis dan sedap..bolehlah beli dan rasa tapi harganya taklah berapa murah..namun tetap berpatutan

Kami banyak makan nasi goreng jer..sebab lebih ringkas dan kami tahu rasanya dari mencuba lauk2 yg kami tak biasa...kalau tak silap harga sepinggan nadi goreng sekitar rm 12-16 ringgit.

Ahad, Januari 19

Ho Chih Minh..tour city(hari kedua)

Hari kedua kami bercadang untuk berjalan2 sekeliling bandar HCM..saya memang tidak bercadang untuk ke Mekong River dan Tu Chi Tunnel..kami mahu percutian ini lebih bersifat free n easy..guide untuk tour city pun kami ambil di hotel sahaja..jika saya x silap harganya dalam rm50 seorang dr 8pagi hingga 5petang dengan pakej lunch .ooops tapi lunch kami membazir begitu saja sebab mereka bawa ke restoran non halal dibandar dengan alasan halal food mahal..kami cuma makan buah yang kami beli sendiri di gerai buah dibandar..dan pasangan dr saudi yang turut sama mengikuti kami pun pergi ke subway restoran. .tapi kami tak pasti subway tu halal atau tidak..
Antara tempat lawatan  lupa nama palace ni..tp ni bekas istana presiden yang kini dijadikan muzium..kami masuk disetiap ceruk istana ini..bagusnya ikut mat salleh ni service tourist guide nyer 5 star...sejarah n detail ttg palace ni diterang satu persatu..tp lotih jgn cakap arr..nk pusing tempat sebesarnya..pas tu kami dibawa ke buddhist temple
Temple ni bagi saya takde apapun..dah dok dlm initerary..follow jer lah..cuma dia bgtau majoriti penduduk vietnam adalah buddhist. .
Pos office yang masih digunakan dengan senibina zaman penjajahan Perancis di Vietnam


Bangunan2 yang mempunyai senibina yang menarik 

Hmm ada banyak lg gambar..tp update blog guna smart phone ni space terbatas nanti kita sambung lg yer..bandar hcm menarik walaupun sesak disini masih mengekalkan keindahan seni bina zaman kolonial yang boleh dijadikan tarikan untuk pelancongan dan nyatanya hcm kini sudah bangkit dari kemusnahan zaman perang
Kami dalam van yang membawa kami pusibg bandar..very international ada dr US..Philippines. .Saudi..Hong Kong dan banyak lagi dan kami cepat mesra...


Khamis, Disember 26

Bercuti di Ho Chih Minh 25-28Nov 2013

  
 Sempena besday cm yg ke 3?.suami bawa cm pi Ho Chih Minh. .tak pernah lg sampai.. akhirnya sampai juga..flight kami seawal 8.30 pg..sampai kira2 pukul 10.30..saya teruja tengok airport disini besar dan moden jauh dari jangkaan saya..
Ni teksi yg bawa ke kawasan Ben Than market kami mmg menginap disitu..ada satu lorong di hadapan pasar benh than ramai betul orang Malaysia ..dan disitu ada deretan kedai makanan halal yg memudahkan kita mencari makanan..oh yer tambang teksi dr airport ke benh than market sekitar rm20..sori suami bayar semua saya tak ambil tahu..VD pun saya tak perasan berapa harga..bila dengan suami serba serbi jd manja..perjalanan ke central ho chih minh dr airport mengambil masa 40 minit bila dicampur dengan jem
Ni  pula suasana dalam pasar benh tanh...yg cuma kira2 200meter jer dr hotel kami
Ni kawasan hadapan hotel kami byk restoran makanan halal disini..dekat sgt dengan pasar benh tanh   tak boleh update byk guna smart phone..laptop rosak ppulak.nanti story lg yer                 



Isnin, November 18

Wave Rock Hydean Australia

Pagi itu yang nyaman hari ketiga kami di Perth,,,bangun solat subuh dan terus bersiap untuk melihat dengan mata sendiri apa rupanya Wave Rock itu sebab kami tiba di tempat malam hari,,gelap pekat tak nampak apa..

Ia kelihatan seperti lorekan lukisan,,ia adalah batu yang telah melalui proses hakisan

Kak ngah merenung kebesaran ciptaan Allah..              
cuaca agak sejuk,,,,cm di atas batu ,,,
Ada mini zoo di sini ,,,kalau tak silap dengan bayaran AUD2
Disini banyak replika binatang yang diperbuat daripada batu,,,katak,,dinasour,singa,,harimau dan ia kelihatan unik dan cantik....

Kami sekeluarga bersantai di atas bukit batu menyaksikan panorama indah...matahari makin tinggi menandakan hari makin tinggi..
Dalam pukul 12 kami meninggalkan kawasan ini,,kami tak makan cuma minum susu sebagai alas perut,,ada cafe disini  tapi status halal meragukan,,ada juga kedai souvenir dan saya beli beberapa keping fridge magnet sebagai kenangan,,tak beli banyak sebab harganya mahal...Perjalanan pulang kami singgah di ladang buah-buahan,,tapi di situ kita perlu beli sekotak tak boleh beli sikit,,hihihi,,kak ngah sempat kena marah dengan mat salleh tu masa memilih beberapa biji buah,,akhirnya saya beli sekotak pisang kaki yg sangat manis untuk dibawa pulang ke Malaysia dengan harga AUD 25,,,,,darablah 3,,hihihii,,kalauu di Mesia jangan haraplah saya nak beli buah banyak cenggitu,,,Aussie ni bawak masuk buah tak boleh,,,bawak keluar boleh pulak...
Selamat tinggal Wave Rock,,mungkinkah kita bertemu lagi,,,???

Selasa, Oktober 15

Hari kedua di Perth- Perjalanan ke Hydean Australia...

h
 
Hari kedua kami bercadang untuk pergi sedikit jauh dari bandar Perth..sebelum itu kamii  memasak bekalan makanan yang cukup untuk ke sana,kerana pasti makanan halal sukar didapati.Cadangnya kami akan pergi sejauh 400km dari bandar Perth,,sebuah bandar yang bernama Hydean yang terletak di Barat Australia..Kami semua belum pernah sampai ke sana termasuk en wan dan izzah yang belajar disana.
Semuanya teruja untuk ke sana,,khabarnya disana ada satu tempat yang sangat cantik yang bernama Wave Rock.Kami keluar agak lewat seharian masa dihabiskan dengan perjalanan sahaja,,,



Perjalanan ke Hydean mengambil masa 5 jam dengan panorama yang sangat cantik,,yang membuatkan saya rasa amat rugi untuk melelapkan mata...tak jemu mata memandang semuanya amat berlainan daripada apa yg ada di Malaysia,Di Malaysia dah jadi tabiat saya,,kena aircond kereta jer tido,,tapi disini saya kuatkan mata untuk terus menyaksikan view indah ciptaan Allah maha besar...seawal perjalanan saya nampak hutan dengan daun-daun berwarna perang,,pas tu seluas mata memandang ladang kambing biri-biri yang kehijauan,,kemudian rumah-rumah ladang dengan kebun epal,anggur dan lemon,,Maha suci Allah ..syukur memberi saya peluang dan rezeki menyaksikan semua ini....
Highway di Perth boleh kira dengan jari kereta yang lalu,,saya fikir kalau baring 5 minit di atas highway pun tak tentu ada kereta lalu,,itu sebab perjalanan sejauh 400km,,hanya memakan masa 4 jam,,cuma kena kawal kadar kelajuan,,sebab biarpun nampak takde orang tapi police ada dimana2 untuk melayangkan surat saman laju.Di atas gambar saya berpossing di tepi jalan,,lihatlah kebiruan langitnya,,buat saya rindu pada keindahan Perth,,

Perjalanan ke Hydean sangat jauh,,sementelah musim sejuk pukul 5 petang langit dah semakin gelap,,kami sampai hari dah gelap,,nampaknya kami perlu tidur di Hydean berdekatan dengan Wave Rock,,esok pagi barulah kami boleh melihat Wave Rock.Cottage yang berharga AUD180sebilik.. kami sewa sebanyak 6 bilik untuk semua ahli rombongan.Agak lumayan jika AUD 180 diconvertkan dengan RM yang ketika itu AUD 1 bersamaan RM 3.02. takperlah sekali-sekala..lagipun sangat selesa dan besar jugak biliknya,,ada dapur dan ruang tamu..
Ini gambar biliknya,,,malam tu lepas makan nasi putih ayam goreng yang kami bawa ,,masa untuk berehat setelah melalui perjalanan yang jauh,mandi,,solat ,,kami mula memasang pakaian tidor musim sejuk,,dah tentu malam ini sangat sejuk,,cottage ini berada dalam hutan sebenarnya,,kami tak mahu memikir banyak perkara, takut tak lena pulak tido nanti,,,dalam peti ais di cottage ini ada susu segar yang sangat sedap..saya bukan seorang pengemar susu tapi susu di Australia sangat sedapp tak tipu,,,,
Pagi2 lagi selepas subuh saya dah meninjau keadaan di luar,,,aduhaiii cantiknya sukar nak digambar dengan kata-kata,,kami berjalan ke luar cottage dan di hadapan kami,,,kami saksikan satu fenomena alam yang sangat cantik yang mereka gelar Wave Rock,,batu yang beralun umpama ombak,,,boleh google about Wave Rock...gambar di atas CM berpossing di Wave Rock..


Episod akan datang CM akan cerita tentang Wave Rock Hydean Australia


datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....

PERSAHABATAN ITU KEKUATAN...

Just for Today